Tuesday, 9 October 2012

~MYID @ PPAPP~


Bila ditanya apa itu MYID?.ada yang blurrr.walaupun benda ni dah lama..selalu kita hanya terangkan "..ooo sekarang dah tak perlu gambar..pendaftaran guna ic aje..."... kena tukar la lepas nie "sekarang ni guna MYID je..."..

APA ITU MYID ?....
MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor Kad Pengenalan sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi Kerajaan.

 Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan. 

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,  telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID, dimana, nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan.

Banyak lagi urusan yang melibatkan penggunaan MYID nie...http://www.mampu.gov.my/myid_info/perkhidmatan/PPinang.pdf

No comments:

Post a Comment