Wednesday 24 October 2012

~SK JALAN HAMILTON, 24/10/2012~

~ 24/10/2012 
~ melibatkan pelajar darjah 1 - 6
~ aktiviti yang dijalankan iaitu word search, bina perkataan & teka teki







~Terima Kasih Daun Keladi SMKCGL, 23/10/12~

Promosi galakkan membaca telah dijalankan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE pada 23/10/2012 yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Kakitangan yang terlibat iaitu dari desa timur laut , cawangan GT dan wakil dari PKK...





Thursday 18 October 2012

~ S.M.K (P) SRI MUTIARA ~

Khamis, 18/10/2012...seawal jam 8.30 pagi aktiviti galakkan membaca telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mutiara. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, rata-rata para pelajar amat berpuas hati dengan apa yang pihak perbadanan sajikan..kakitangan yang terlibat ialah Puan Hazrawaty,En Asrar,Puan Jumah Bee, Puan Wan Zuraizan & Puan Siti Khatijah Osman serta kakitangan dari bergerak iaitu En Hafiz dan En.Sofi.Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah kerana menjemput pihak perbadanan untuk sama-sama mengisi "PROGRAM LEPASAN PMR SMK(P) SRI MUTIARA"


  para pelajar mengisi borang pendaftaran

 aktivi sedang dijalankan

 "bergerak"

 mamu asrar yang sedang menerangkan serba sedikit mengenai perpustakaan


 mereka yang sangat sporting

 apa yang penting kerjasama sepasukan

 teka silangkata..tak susah tapi bukan senang...





tq..smk(P) sri mutiara..

Wednesday 17 October 2012

~Mai...Mai...pendaftaran percuma...~


New banner...cantik...
 LAWAK KAMPUS PUNYA HAL...

User ni baru usia 10 tahun...memang selalu kerap pinjam bahan bacaan..tapi hari ni datang library terus baca buku yang dibawa sendiri...tekun betul..hampir 1 jam asyik merenung buku tu...nak minta juga buku tu untuk ditempatkan di library ni...emmmm boleh dapat ka?...kita try minta dulu ...

Thursday 11 October 2012

~grrrrrr....grrrrr.....~

Tak sabar nak tunggu komputer - komputer baru berfungsi, hari ni pihak kontrakor telah datang untuk pasang plug yang perlu untuk komputer-komputer baru...user masuk dan keluar ... bising bunyi "drill" tapi tak pa untuk kesenangan kemudian hari...komputer baru,siap wifi lagi sekarang nie...

Tapi yang tak sedapnya ada penguni yang turun tanya "apa bunyi bising nie?"......susahlah kalau macam ni..tak pa la acik nanti mai na pakai komputer baru... :)

Tuesday 9 October 2012

SK BATU LANCHANG 04/10/12

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG, Seramai 150 pelajar darjah 2 dan 186 pelajar darjah 3 telah menyertai aktiviti yang telah dijalankan dalam program mempromosikan perpustakaan. Para pelajar telah didedahkan dengan fungsi serta kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Terima kasih kepada rakan2 yang turut menjayakan iaitu kakitangan desa timur laut...









~MYID @ PPAPP~


Bila ditanya apa itu MYID?.ada yang blurrr.walaupun benda ni dah lama..selalu kita hanya terangkan "..ooo sekarang dah tak perlu gambar..pendaftaran guna ic aje..."... kena tukar la lepas nie "sekarang ni guna MYID je..."..

APA ITU MYID ?....
MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor Kad Pengenalan sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi Kerajaan.

 Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan. 

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,  telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID, dimana, nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan.

Banyak lagi urusan yang melibatkan penggunaan MYID nie...http://www.mampu.gov.my/myid_info/perkhidmatan/PPinang.pdf