PENGENALAN

          Dalam usaha untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh Negeri Pulau Pinang, PPAPP telah menubuhkan Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Pangsapuri Harmoni dengan harapan dapat membantu dan menggalakan budaya membaca di kalangan penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan peringkat umur.

          Persatuan Penduduk Pangsapuri Harmoni telah memohon daripada Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sebuah perpustakaan awam untuk kegunaan penduduk dalam kawasan tersebut. Pekara ini telah mendapat kelulusan serta kerjasama dari pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu Pangsapuri Harmoni dibuka dengan rasminya oleh Y.B Dato' Khalid b.Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 29 April 2002 bersamaan 22 Rejab 1423.

          Perpustakaan ini terletak dibahagian bawah Pangsapuri Harmoni blok 1 serta berdekatan dengan Masjid Negeri, Penang Free School, Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dan Sekolah Menengah George Town.

No comments:

Post a Comment